Pertempuran Te Ahuahu Perang_Tiang_Bendera

Hōne Heke kembali ke kubunya di Te Ahuahu ("Longgok") atau Puke-nui ("Bukit Besar") yang terletak di sebuah gunung berapi pupus[14] berdekatan Puketutu.[15] Hōne berangkat ke Kaikohe untuk mendapatkan bekalan makanan; ketika inilah salah seorang sekutu Tāmati Wāka Nene, Makoare Te Taonui dari Hokianga, menyerbu dan mengepung Te Ahuahu. Keadaan ini mencabar kuasa dan nama Hōne sehingga beliau mahu mengambil kubu tersebut kembali dengan segera.[16] Maka, sebuah pertempuran tercetus dikira pada 12 Jun 1845 ndengan adanya perlawanan balas satu demi satu pada mulanya. Hōne Heke mengumpul sekitar antara 400 dan 500 orang pahlawan manakalae Tāmati Wāka Nene mempunyai sekitar 300 orang pahlawan. Sekurang-kurangnya 30 orang pahlawan Hōne Heke yang terkorban dalam pertempuran ini, dan Heke berada dalam keadaan cedera parah sehingga terpaksa berhenti seketika untuk menyembuhkan diri selama beberapa bulan.[17][18]

Butiran teliti mengenai pertempuran ini tidak dapat dijumpai,[19] malah tidak begitu dihiraukan para sejarawan sehingga tahun 1980-an.

Rujukan

WikiPedia: Perang_Tiang_Bendera http://digital.slv.vic.gov.au/view/action/singleVi... http://www.enzb.auckland.ac.nz/document?wid=1046&a... http://www.enzb.auckland.ac.nz/document?wid=1048&p... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/Cow01NewZ... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://www.newzealandwars.co.nz/ http://teaohou.natlib.govt.nz/journals/teaohou/iss...